India mengorak langkah lagi ke hadapan. Kegagalan Dilwale di negara tersebut menunjukkan mereka sudah tidak suka berkhayal, berimaginasi dan berfoya-foya. . Mereka sudah maju ke hadapan. Tentu sekali jauh meninggalkan kita. Kegagalan Dilwale menunjukkan rakyat India sudah tidak lagi cenderung untuk berleka-lekaan dan berangan-angan!
Tapi Malaysia terutama golongan wanitanya masih lagi dengan kebodohan, dengan kelekaan dan berkhayal dengan bahasa cinta syahdu mertabat rendah dan murahan. Masih lagi dengan cinta asyik kepada mahsyuknya yang hanyut dengan cerita-cerita Hindustan. Masih lagi leka dengan hiburan.
Tapi apakan daya... Ini semua kerana kepimpinan. Bab bodohnya pemimpin tak payah aku cerita. Orang lain dah terlampau banyak bercerita. Ini dia kualiti negara yang sering mengaku gah itu gah ini tapi hakikatnya masih lagi mentaliti buta kayu, bodoh lagi mudah diperbodohkan!! Tak kira tua ke muda sama saja.... Dua kali lima lima kali dua, cerdik tak boleh diikut bodoh tak boleh diajar!!!
