Sunday, June 26, 2016

Iye Aku Tau Kau Dah Kaya, Dah Senang! Tapi tak payah lah menunjuk-nunjuk!!

Iye aku tau kau dah kaya .. dah senang... Dah pakai kereta made in Japan dua bijik, satu kau pakai satu bini kau pakai. Iye baguslah.. Tapi cara kau bercerita memberitahu satu dunia misalnya "senang kalau kereta brand sama sebab kereta husband/wife sama, workshop sama, service sama, hidup saling memahami sebab dua-dua kereta H**da ..."ATAUPUN "Letih bayar roadtax kereta H**da kalau laki bini dah pakai ni..." Haa tengok tu, tu lah cara kawan aku menunjuk-nunjuk di media sosial..

Iye, aku tau kau dah hidup senang, tapi diam2 dah lah.. tak payah lah menunjuk-nunjuk ala-ala Mak Jemah tunjuk konon2 jari dia dah ngembang konon2 dia dah gemuk sedangkan dia nak tunjuk 3 bentuk cincin berlian yang dia pakai.

Tak tak tak.. aku tak sakit hati.. Sebab aku pasti kereta aku brand pun sama dengan kereta engkau cuma KERETA AKU BESAR SIKIT. Jadi aku tak jeles satu haram jaddah pun kalau kau nak kata aku jeles. Cuma aku meluat tengok cara kau bercerita tu dalam celah-celah tu ada unsur-unsur nak menunjuk-nunjuk... Tak payah lah gitu kak, abang, adik, lijah, leha, tipah, dol! Semua tu sementara sahaja di dunia ni.

Oh ya.. Lupa pulak aku nak cakap, walaupun kereta aku lagi besar dari kereta kau, tapi aku lagi suka drive Kelisa aku sebab aku suka bawak gila-gila dan suka mencelah-celah di samping senang nak parking.

Oh ya.. nak tambah sikit, aku ada 4 bijik kenderaan termasuk motor H*nda kap. Ehhh lagi satu.. Kereta aku kurang lima tahun dah settle semua hutang walaupun harga kereta yang besar sikit dari kereta kau tu harga beratus ribu.. Jadi... aku tak jeles sikit pun dengan kau okay!! Ehhh sikit lagi, mak and wife aku bising nak 4WD... Pun H*nda jugak... Tadi dah test drive.. Sorry lah aku eksyen sikit sebab kau eksyen banyak!!

Saturday, June 25, 2016

Segala Ibadat Kau Nak Tunjuk

Tak payah lah kau nak tunjuk kau dah solat... Tak payah lah kau nak tunjuk kau sedang berpuasa.. Tak payah lah kau nak tunjuk yang kau nak pergi atau kau sedang menunaikan umrah atau haji..

Lagi satu tak da dalam ajaran Islam yang kita di suruh minta maaf yang kita nak berpuasa atau kita nak pergi umrah atau haji. Tak da dalam ajaran... Jangan lah kau nak cipta2 benda-benda yang kau rasa baik dan kemudian kau rasa atau kau kata itu ajaran agama... Tak payah.. tak payah.. tak payah...

Tak payah lah kau nak tunjuk-tunjuk barang apa jua yang kau doakan... Apa yang kau doakan adalah antara diri engkau dengan Allah. Bukan untuk diperagakan kepada umum....

Ohh pandai pulak kau kata itu semua untuk diri engkau... Konon-konon untuk mengingati diri sendiri. OK fine.. Kalau ya semua tu untuk diri engkau, engkau berdirilah depan cermin dan berkata-katalah dengan diri engkau dan bukannya kau tulis balik apa yang kau ingati untuk diri engkau tu untuk dibaca oleh orang lain. Tak payah lah!

Oh pandai pulak kau kata surah al-Asr untuk berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran. Halo adik, akak, abang, mat, dol, minah, tipah, lijah... Berpesan-pesan kepada kebaikan dan berpesan kepada kesabaran sepatutnya bukan dengan cara menunjuk-nunjuk apa yang kau doa dan bukan dengan cara perli orang dalam group.

Kalau kau rasa kau nak berpesan samada kebaikan atau kesabaran mesej sahaja personally kepada orang tu. Semoga kau diberi ucapan terima kasih oleh orang yang diingatkan tu. Tapi kalau kena maki balik, tu nasib kau lah sebab bila kau kena maki balik tu menunjukkan kau memang bukan tukang beri pesan kebaikan dan kesabaran yang baik atau orang yang kau nasihatkan tu memang begau. Risiko tu semua kau tanggunglah sendiri. Tu pun nasib baik dia maki kau balik melalui private message dan bukan dalam group.


Monday, February 8, 2016

Tajaan dan Kuasa Wang

Tajaan bermakna pembiayaan dan pembiayaan itu adalah kata ganti memberi perbelanjaan tak kira dalam apa jua bentuk dan bentuk yang paling digemari dan juga sangat berkuasa adalah wang.

Kuasa wang itu sangat-sangat berkuasa kerana kuasa wang itu boleh merubah apa jua bentuk dan rupa. Warna yang selama ini merah menyala boleh bertukar jadi merah jambu atau pink iaitu warna yang sinonom dengan kewanitaan.

Ada pendapat yang lebih nakal berkata warna merah itu lambang warna bapuk yang nak dikata perempuan bukan lelaki pun bukan. Ia satu warna yang sangat sesuai bagi satu jenis makhluk baru dipanggil transgender. Dan jenis transgender dari merah ke pink itu adalah satu perumpamaan dari lelaki berubah kepada perempuan jika tidak pun kepada auw-auw.

Hanya sebab patuh tunduk menyerah kepada apa yang dinamakan tajaan atau dengan kata lain wang maka sesiapa pun sanggup melakukan apa sahaja.

Bukan itu sahaja malahan personaliti dari pihak penaja pun tidak kurang meminta untuk ambil hati agar dia pun tampil di hadapan kamera. Lalu dia pun akan diberi peranan besar jadi juri walau pengetahuan seni satu hapah pun takda.

Dah la tu, wajah kalau terjumpa tengah malam sunyi di jalan yang sepi pun orang akan lari disebabkan sangka dia pontianak namun disebabkan kuasa wang maka stesen TV pun jadi lemah gemalai menyembah melutut menjelir-jelir lidah seperti anjing malah beri dia peranan beri komen kepada peserta-peserta realiti TV.

Tapi aku tiada masalah dengan personaliti-personaliti itu. Tak kira muka macam pontianak yang tiba-tiba cantik jadi seperti manusia atau permaisuri bunian atau gaya gah macho tapi suara macam tecekik sekilo tulang terubok bakar itu bukan soalnya.

Apa yang ingin aku ketengahkan betapa berkuasannya tajaan atau dengan kata lain wang kerana memang betul wang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang.


Tak Payah Kau Berkongsi Akan Ketidak Pastian Itu

Tak payah la kau sebok memberitahu dunia betapa kau sayang ke laki kau atau kau sayang ke bini kau.

Tak payahlah kau nak cerita berbangga anak kau soleh anak kau solehah atau anak kau jadi itu jadi ini yang hebat dan gah-gah sebab kita hidup di dunia ni kejap di atas dan kejap di bawah.

Ye lah hari ni kau sayang kononnnya kat bini or kat laki kau dan mebanggakan kesolehan anak kau tapi hakikatnya esok lusa sapa tahu.

Bukan sukar Allah nak uji agar sayang kau pada laki atau bini kau akan tiba-tiba berubah rasa. Atau kejayaan atau barang apa jua jadinya anak kau tu akan berubah menjadi sesuatu yang akhirnya kau sendiri akan merasa sukar untuk berkongsi cerita.

Hidup ini begitulah, kerana apa yang paling pasti hidup ini bukan satu kepastian walau semua manusia itu  mengharap segala-galanya pasti.

Jadi kau tak payah bercerita berbangga-bangga walau kau memberitahu dunia kau tidak berbangga kerana adapun manusia ini termasuk aku yang tersangat lemah ini adalah terlalu kerdil untuk mencipta kepastian-kepastian.

Ya aku tau kau kata "saje je nak berseronok" tapi kau pergilah berseronok dengan laki atau bini kau tanpa payah berkongsi rasa kerana tiada peri pentingnya kau  berkongsi akan rasa yang bagi kau terlalu seronok itu.

Dan pergilah kau  berpesan kebaikan kepada anak-anak kau yang kau rasa hebat, yang kau bangga sebab dia dah pandai bertakteh berjalan atau anak kau dah jadi doktor atau pilot bahawa hakikat kehidupan ini ialah segalanya tidak pasti.












Thursday, January 21, 2016

Kenapa Seseorang Itu Selalu Nak Keluar Group Whatsapp


  1. Mesej dalam group yang takda kena mengena dengan dirinya.
  2. Banyak fail-fail video dan graphic yang hanya membazir bandwidth.
  3. Adakala terlampau skima yang kadang bunyinya buat tekak meloya
  4. Kalau nak tanya yang tak da kena mengena dengan orang lain. PM aje lah tak payah type kat public, kadang nak muntah bila dibaca.
  5. Kalau nak begurau tak payah lah depan public, sakit jiwa ada lagi aku dibuatnya.
  6. Kadang bila seseorang tu menyoal sesuatu yang sangat relevan tapi tiba-tiba mangkuk-mangkuk hayun yang lain pergi "flood" dengan mesej panjang sehinggakan soalan yang bertanya tadi naik ke atas lantas dilupakan.

To be continued... bilanya.. entah...

Dilwale Gagal Di India


India mengorak langkah lagi ke hadapan. Kegagalan Dilwale di negara tersebut menunjukkan mereka sudah tidak suka berkhayal, berimaginasi dan berfoya-foya. . Mereka sudah maju ke hadapan.  Tentu sekali jauh meninggalkan kita. Kegagalan Dilwale menunjukkan rakyat India sudah tidak lagi cenderung untuk berleka-lekaan dan berangan-angan!

Tapi Malaysia terutama golongan wanitanya masih lagi dengan kebodohan, dengan kelekaan dan berkhayal dengan bahasa cinta syahdu mertabat rendah dan murahan. Masih lagi dengan cinta asyik kepada mahsyuknya yang hanyut dengan cerita-cerita Hindustan. Masih lagi leka dengan hiburan.

Tapi apakan daya... Ini semua kerana kepimpinan. Bab bodohnya pemimpin tak payah aku cerita. Orang lain dah terlampau banyak bercerita. Ini dia kualiti negara yang sering mengaku gah itu gah ini tapi hakikatnya masih lagi mentaliti buta kayu, bodoh lagi mudah diperbodohkan!! Tak kira tua ke muda sama saja.... Dua kali lima lima kali dua, cerdik tak boleh diikut bodoh tak boleh diajar!!!