Monday, February 8, 2016

Tak Payah Kau Berkongsi Akan Ketidak Pastian Itu

Tak payah la kau sebok memberitahu dunia betapa kau sayang ke laki kau atau kau sayang ke bini kau.

Tak payahlah kau nak cerita berbangga anak kau soleh anak kau solehah atau anak kau jadi itu jadi ini yang hebat dan gah-gah sebab kita hidup di dunia ni kejap di atas dan kejap di bawah.

Ye lah hari ni kau sayang kononnnya kat bini or kat laki kau dan mebanggakan kesolehan anak kau tapi hakikatnya esok lusa sapa tahu.

Bukan sukar Allah nak uji agar sayang kau pada laki atau bini kau akan tiba-tiba berubah rasa. Atau kejayaan atau barang apa jua jadinya anak kau tu akan berubah menjadi sesuatu yang akhirnya kau sendiri akan merasa sukar untuk berkongsi cerita.

Hidup ini begitulah, kerana apa yang paling pasti hidup ini bukan satu kepastian walau semua manusia itu  mengharap segala-galanya pasti.

Jadi kau tak payah bercerita berbangga-bangga walau kau memberitahu dunia kau tidak berbangga kerana adapun manusia ini termasuk aku yang tersangat lemah ini adalah terlalu kerdil untuk mencipta kepastian-kepastian.

Ya aku tau kau kata "saje je nak berseronok" tapi kau pergilah berseronok dengan laki atau bini kau tanpa payah berkongsi rasa kerana tiada peri pentingnya kau  berkongsi akan rasa yang bagi kau terlalu seronok itu.

Dan pergilah kau  berpesan kebaikan kepada anak-anak kau yang kau rasa hebat, yang kau bangga sebab dia dah pandai bertakteh berjalan atau anak kau dah jadi doktor atau pilot bahawa hakikat kehidupan ini ialah segalanya tidak pasti.